wording

KAUNTER DISENANGI , KAUNTER DIKUNJUNGI

PEMBIAYAAN

Objektif

Membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.

Strategi

1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama rakan strategik.
3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan serta memenuhi keperluan Piawaian Global.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .


Piagam Pelanggan

Semua pelanggan berhak mendapat layanan profesional seperti berikut:

1.    Setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pembangunan Usahawan akan dilayan dalam tempoh 5-10 minit.
2.    Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
3.    Menjawab surat dalam masa tiga (3) hari bekerja daripada tarikh surat diterima.
4.    Memproses permohonan yang lengkap daripada tarikh penerimaan bagi kursus dalam tempoh satu (1) bulan.
5.    Menyediakan baucer dan dokumen bayaran daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap untuk tindakan Bahagian Kewangan MARA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.



Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -
1. Pembuatan
Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-
  • Fabrikasi logam;
  • Elektrik dan komponen elektronik;
  • Makanan dan minuman;
  • Plastik;
  • Tekstil pakaian dan kulit;
  • Percetakan dan penerbitan;
  • Telekomunikasi;
  • Memproses hasil pertanian;
  • Lain - lain.

2. Perdagangan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-
  • Pasar mini ( mini market);
  • Peruncitan;
  • Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
  • Penjualan perabot;
  • Pemasaran hasil pertanian;
  • Pengendalian stesen minyak;
  • Lain - lain lagi.

3. Perkhidmatan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-
  • Guaman;
  • Klinik;
  • Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
  • Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
  • Kedai jahitan;
  • Lain - lain lagi.

4. Pemborongan
Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-
  • Membina bangunan;
  • Membuat jalan;
  • Ubahsuai bangunan;
  • Pendawaian elektrik;
  • Lain - lain lagi.


Bolehkah saya dapatkan borang pembiayaan ini secara online ?

>>    YA ! Sudah tentu boleh . Pihak kami memudahkan anda dengan penyediaan borang secara online.
         Sila hantar Borang ini kepada Pejabat MARA Daerah berdekatan dengan anda .

         *Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Pihak Kami.


                      Klik untuk borang !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...