wording

KAUNTER DISENANGI , KAUNTER DIKUNJUNGI

Monday, 10 June 2013

SEMINAR MOTIVASI USAHAWAN


KAYA DI DUNIA KAYA DI AKHIRAT

Fitec, 5 jun 2013 - MARA Daerah Gombak telah mengadakan Seminar Motivasi Usahawan yang bertajuk "Kaya Di Dunia Dan Kaya Di Akhirat" seminar ini bertujuan untuk memberi kesedaran insaniah dan batiniah kepada setiap peserta dalam usaha memupuk, membina dan memperkukuh kekuatan dalaman diri agar sentiasa cemerlang di dalam tindakan dan terbilang dalam mengharunginya. Seminar ini juga bertujuan untuk memperkukuh jati diri supaya sentiasa memahami bahawa perniagaan yang dilakukan merupakan satu ibadah dan satu tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Seminar ini turut dianjurkan bagi mendedahkan kaedah-kaedah memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan yang berdisiplin, bertanggungjawab, berdikari, bekerjasama, gigih dan proaktif untuk menjana pendapatan diri dan keluarga sekaligus mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

            Seminar ini telah pun disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada peminjam dan penyewa premis MARA daerah Gombak dan juga Daerah Hulu Selangor, turut serta memeriahkan program ini adalah Pegawai MARA Daerah iaitu En. Fakhrul Azman bin Hj. Abdul Ghaffar dan Pn. Kaidah binti Hj. Sama. Seminar dijalankan pada pukul 9.00 pagi sehingga jam 4.30 ptg. Penceramah jemputan yang menyampaikan seminar ini iaitu Tuan Hj Shariff telah Berjaya menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan disamping selingan jenaka yang di buat membuatkan para peserta tidak jemu mendengar celoteh dan input yang disampaikan oleh beliau. Seminar ini kemudian diteruskan dengan taklimat oleh Bahagian Pembangunan infrastruktur Perniagaan (BPI) selepas rehat dan makan tengahari . Taklimat dari unit ini bertujuan bagi mendekatkan peserta dengan MARA dan memberi peluang bagi menjalankan sesi soal jawab berkaitan rumah kedai dan sewa.

            Sehubungan itu, seminar ini diharap dapat memberi banyak input kepada semua peserta seterusnya membuka mata dan hati agar lebih melihat ke depan dan berfikiran jauh dan lebih terbuka. Perniagaan yang dijalankan sebaiknya dapat memberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat jujur lah dalam perniagaan yang dijalankan, janganlah kita lokek dalam memberi terutama sesuatu yang bukan hak kita, sesungguhnya dalam harta setiap manusia itu, terdapat hak orang lain juga di dalamnya, sama-samalah kita memberi sama-samalah kita merasa, perancangan ALLAH itu indah, hanya Dia MAHA Mengetahui segala sesuatu, “akhir kata bekerjalah kita hari ini dengan bersungguh-sungguh seolah-olah akan hidup 100 tahun lagi, namun jangan kita lupa beribadah lah kita pada hari ini dengan sangat bersungguh-sungguh seperti kita akan mati pada hari esok”.

Gambar sepanjang majlis diadakan.-->Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...