wording

KAUNTER DISENANGI , KAUNTER DIKUNJUNGI

Wednesday, 27 March 2013

Langsaikan Hutang


Sesungguh antara penyebab seseorang manusia tidak dapat melangkah ke syurga adalah kerana hutang. Ketahuilah, Rsulullah S.A.W tidak mahu menyelesaikan jenazah seorang sahabat ketika zaman nya, selagi mana hutang jenazah semasa hayatnya tidak di lunaskan. 
Oleh itu, sama-sama kita beramal dan sentiasa ingat mengingati, sesungguhnya azab Allah di akhirat amatlah besar, biarlah kita kaya didunia dan juga di akhirat kelak. jangan sampai kita kaya di Dunia tetapi miskin di akhirat kerana harta didunia tidak akan menjamin kehidupan kita di akhirat.

Selamat Beramal ! *_*

INSTITUSI PENDIDIKAN MARA KEMASUKAN JULAI 2013


Tuesday, 26 March 2013

DOA HARI INI


Semoga segala urusan dipermudah kan oleh Allah S.W.T, sama-sama kita mencari keredhaan Nya seasungguhnya dunia ini hanya pinjaman dan tempat kita beramal dan beribadah kepada Yang Maha Berkuasa, Amiiin,..Amiinnn Ya Rabbal A'lamiinn...

Dunia Akhir Zaman





Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alim pun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari)

Musibah buat ummat bila kita kehilangan tiga permata dalam seminggu yang membimbing ummat..

1.Syeikh Ramadhan al Bouti (Ulama besar Syria yang juga mujtahid)
2.Syeikh Muhammad Abdullah (ketua Dewan Ulama PAS Kedah)
3.Syeikh Uthman el Muhammady (Ulama besar Malaysia)

Monday, 25 March 2013

TAKLIMAT 5S

TAKLIMAT 5S
TN.MUHAMMAD OMAR-SALAM CONSULTANCY KEPADA WARGA KERJA MARA NEGERI SELANGOR



Tuesday, 19 March 2013

PROGRAM SIRI JELAJAH PERDANA-PERDASAMA

PROGRAM SIRI JELAJAH PERDANA WARGA PERDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU

Selayang-17 Mac 2013: Pejabat MARA Daerah Gombak telah menyertai Program Siri Jelajah Perdana anjuran PERDASAMA bertempat di Ideal Convention Centre (ICC), Taman Prima, Selayang. Majlis di mulakan dengan ucapan aluan Oleh Dato' Suhaimi Sahadan kemudian, majlis perasmian oleh YBhg Dato' Mohamad Izat Emir yang merupakan Presiden PERDASAMA. Seterusnya Agenda diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hj Husaini Bin Ibrahim Daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dengan ceramah yang bertajuk "Cabaran Semasa Terhadap Ekonomi  dan Kelangsungan Umat Islam Malaysia". seterusnya forum keusahawanan yang bertemakan "Usahawan, Peluang, Pembiayaan dan Pinjaman" di sertai oleh wakil daripada MARA, FAMA, TEKUN NASIONAL dan juga AGRO BANK. majlis telah dilangsungkan dengan jaya nya dan berakhir pada jam 6.00 petang. Forum yang disertai mara telah disampaikan oleh pegawai daripada Ibu Pejabat MARA Pn.Nur Nadzirah Bt Paiman. Pelbagai persoalan daripada pengusaha-pengusaha tempatan terjawab pada forum yg diadakan, secara langsung membuka mata para pengusaha tentang peluang-peluang yang disediakan oleh pelbagai institusi yang berkaitan.  Turut hadir dalam program tersebut, Tuan Azizan Omm, Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor sebagai tetamu jemputan.

Beberapa gambar sekitar karnival berlangsung.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...