KAYA DI DUNIA KAYA DI AKHIRAT
Fitec,
5 jun 2013 - MARA Daerah Gombak telah mengadakan Seminar Motivasi Usahawan yang
bertajuk "Kaya Di Dunia Dan Kaya Di Akhirat" seminar ini bertujuan
untuk memberi kesedaran insaniah dan batiniah kepada setiap peserta dalam usaha
memupuk, membina dan memperkukuh kekuatan dalaman diri agar sentiasa cemerlang
di dalam tindakan dan terbilang dalam mengharunginya. Seminar ini juga
bertujuan untuk memperkukuh jati diri supaya sentiasa memahami bahawa
perniagaan yang dilakukan merupakan satu ibadah dan satu tanggungjawab sebagai
hamba ALLAH. Seminar ini turut dianjurkan bagi mendedahkan kaedah-kaedah
memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seorang usahawan yang berdisiplin,
bertanggungjawab, berdikari, bekerjasama, gigih dan proaktif untuk menjana
pendapatan diri dan keluarga sekaligus mendapat keberkatan hidup di dunia dan
akhirat.
Seminar ini telah pun disertai
seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada peminjam dan penyewa premis MARA
daerah Gombak dan juga Daerah Hulu Selangor, turut serta memeriahkan program
ini adalah Pegawai MARA Daerah iaitu En. Fakhrul Azman bin Hj. Abdul Ghaffar
dan Pn. Kaidah binti Hj. Sama. Seminar dijalankan pada pukul 9.00 pagi sehingga
jam 4.30 ptg. Penceramah jemputan yang menyampaikan seminar ini iaitu Tuan Hj
Shariff telah Berjaya menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan
disamping selingan jenaka yang di buat membuatkan para peserta tidak jemu
mendengar celoteh dan input yang disampaikan oleh beliau. Seminar ini kemudian
diteruskan dengan taklimat oleh Bahagian Pembangunan infrastruktur Perniagaan
(BPI) selepas rehat dan makan tengahari . Taklimat dari unit ini bertujuan bagi
mendekatkan peserta dengan MARA dan memberi peluang bagi menjalankan sesi soal
jawab berkaitan rumah kedai dan sewa.
Sehubungan itu, seminar ini diharap
dapat memberi banyak input kepada semua peserta seterusnya membuka mata dan
hati agar lebih melihat ke depan dan berfikiran jauh dan lebih terbuka.
Perniagaan yang dijalankan sebaiknya dapat memberi kebaikan di dunia dan juga
di akhirat jujur lah dalam perniagaan yang dijalankan, janganlah kita lokek
dalam memberi terutama sesuatu yang bukan hak kita, sesungguhnya dalam harta
setiap manusia itu, terdapat hak orang lain juga di dalamnya, sama-samalah kita
memberi sama-samalah kita merasa, perancangan ALLAH itu indah, hanya Dia MAHA
Mengetahui segala sesuatu, “akhir kata bekerjalah kita hari ini dengan
bersungguh-sungguh seolah-olah akan hidup 100 tahun lagi, namun jangan kita
lupa beribadah lah kita pada hari ini dengan sangat bersungguh-sungguh seperti
kita akan mati pada hari esok”.
Gambar sepanjang majlis
diadakan.-->Sini